$l!DesH0w KaMi..jom teNGok

1/07/11

Hari Koperasi Sekolah Yang Penuh Dengan Keceriaan

Budak-budak kelas kami semuanya menyertai aktiviti yang dijalankan oleh koperasi sekolah.. Masing-masing menunjukkan bakat (dahsyat budak-budak kelas kami)

Semua pelajar Melayu masuk Kumpulan Koir KOSMEK.. Kami dikehendaki menyanyi lagu yang bertajuk Semangat Koperasi (memang bersemangat kami nyanyikan lagu tu).. Masa tunggu diluar sebelum masuk, masing-masing gementar dan ketakutan (sebab berlatihnya 2 hari je).. Semasa menyanyi masing-masing menyumbangkan lah suara yang sememangnya sumbang (jangan marah ya.. Senyum je)

Pelajar Cina juga tidak melepaskan peluang.. mereka menyertai kuiz koperasi.. Pandai-pandai juga mereka sebab akhirnya mereka menang (YAHOO!! tapi tak semua pelajar Cina)..Mereka menjawabnya dengan penuh khusyuk dan tertanya-tanya (mahu taknya. soalan susah, siap tanya Habibah).. Kenapa tanya Habibah?? Sebab dia Ahli Lembaga Koperasi..

Akhir sekali masing-masing lega dan gembira dengan persembahan koir dan pertandingan (lagi-lagi yang menang).. Maka berakhirla kisah Hari Koperasi Sekolah..

Bersama-sama Bergotong-Royong..

Hari Sabtu yang lalu kami semua bergotong-royong membersih dan memperindah kelas kami.. Mula-mula yang bersemangat Zarith (dia yang datang awal).. Kami mengecat dengan warna 'cream', cantik sangat jadinya.. nampak baru.. bawah ni tugasan kami..

MENYAPU SAMPAH:
Tan Yi Ling,
Wong Yee Weei,
Diana,
Zharif

MENGECAT:
Zulhilmi,
Habibah,
Mazlin,
Ain,
Mukmin (ketua kelas kami),
Azleen
(banyak tu orang yang mengecat)

MENGEMAS MEJA DAN PERKARA YANG PATUT
Chua Yi Lin,
Chew Yong Ler,
Chia Muan Muan,
Hooi Yee Yan,
Lim Si Ying,
Chia Shee Leei
Zahir
Akem
Fauzan

MENGELAP TINGKAP
Tan Hooi Ping
Chua Boon Su,
Zarith
Fatin

TUKANG MENYIBUK JE
Anisah (budak kelas sebelah)
Chia Yong Ham
Chia Wei Ze
Chua Khai Shen

Akhirnya kelas kami begitu cantik dan indah dengan warna yang begitu menyerlah..
tapi sayang pada hari selasa dan seterusnya kelas kami HANCUR gara-gara pelajar petang (jangan terasa ya, tapi kenyataan)

esok LARIAN 1 MALAYSIA !

Esok , 2 Julai akan diadakan larian serentak 1 Malaysia :) Bermakna pada esok hari , semua pelajar dan guru di semua sekolah di Malaysia akan berlari sejauh ............ Hm tak jauh pun , dalam 1700 m sahaja di kawasan masing-masing tetapi serentak. Jadi , kami pun akan turut serta. Sebab utama ialah : untuk menDAPATkan SIJIL PERINGKAT KEBANGSAAN.

Hadiah akan diberi sehingga tempat yang ke 40. Esok kami perlu datang ke sekolah sebelum pukul 7 a.m. Kedatangan pada esok hari akan diambil , oleh itu sebagai kelas contoh , nak tak nak kami mesti datang juga (untuk menjaga nama baik kelas).

Kami semua tak sabar nak tunggu hari esok! Almaklumlah , sudah lama kami tidak bersukan. Alasan : sibuk mengulangkaji pelajaran untuk SPM . Benarkah ? HAHA . Esok kami akan tunjukkan kehebatan kami. Siapa kata kami tak boleh ? 5 SAINS 1 sentiasa BOLEH !!!!!

p/s : doakan kami menang dalam pertandingan blog. Penghakiman petang ini.

Salammm

Pembentangan @ presentation

Semalam kami semua ditugaskan membuat 'presentation' untuk subjek Bahasa Inggeris.. huhuhu mula-mula berdebar-debar menunggu giliran.. Tapi bila sekali dah baca dan membentangkannya di hadapan, semuanya macam seronok je.. Setiap pelajar dibahagikan kepada 5 kumpulan..

Kumpulan 1:
EXTINCTION OF PLANTS AND ANIMALS

Kumpulan 2:
POLLUTION: WATER

Kumpulan 3:
GLOBAL WARMING

Kumpulan 4:
POLLUTION: WATER, AIR, LAND

Kumpulan 5:
WARS

Masing-masing menunjukkan bakat yang terpendam dengan jayanya!!
YAHOO!!