$l!DesH0w KaMi..jom teNGok

1/07/11

Hari Koperasi Sekolah Yang Penuh Dengan Keceriaan

Budak-budak kelas kami semuanya menyertai aktiviti yang dijalankan oleh koperasi sekolah.. Masing-masing menunjukkan bakat (dahsyat budak-budak kelas kami)

Semua pelajar Melayu masuk Kumpulan Koir KOSMEK.. Kami dikehendaki menyanyi lagu yang bertajuk Semangat Koperasi (memang bersemangat kami nyanyikan lagu tu).. Masa tunggu diluar sebelum masuk, masing-masing gementar dan ketakutan (sebab berlatihnya 2 hari je).. Semasa menyanyi masing-masing menyumbangkan lah suara yang sememangnya sumbang (jangan marah ya.. Senyum je)

Pelajar Cina juga tidak melepaskan peluang.. mereka menyertai kuiz koperasi.. Pandai-pandai juga mereka sebab akhirnya mereka menang (YAHOO!! tapi tak semua pelajar Cina)..Mereka menjawabnya dengan penuh khusyuk dan tertanya-tanya (mahu taknya. soalan susah, siap tanya Habibah).. Kenapa tanya Habibah?? Sebab dia Ahli Lembaga Koperasi..

Akhir sekali masing-masing lega dan gembira dengan persembahan koir dan pertandingan (lagi-lagi yang menang).. Maka berakhirla kisah Hari Koperasi Sekolah..

Bersama-sama Bergotong-Royong..

Hari Sabtu yang lalu kami semua bergotong-royong membersih dan memperindah kelas kami.. Mula-mula yang bersemangat Zarith (dia yang datang awal).. Kami mengecat dengan warna 'cream', cantik sangat jadinya.. nampak baru.. bawah ni tugasan kami..

MENYAPU SAMPAH:
Tan Yi Ling,
Wong Yee Weei,
Diana,
Zharif

MENGECAT:
Zulhilmi,
Habibah,
Mazlin,
Ain,
Mukmin (ketua kelas kami),
Azleen
(banyak tu orang yang mengecat)

MENGEMAS MEJA DAN PERKARA YANG PATUT
Chua Yi Lin,
Chew Yong Ler,
Chia Muan Muan,
Hooi Yee Yan,
Lim Si Ying,
Chia Shee Leei
Zahir
Akem
Fauzan

MENGELAP TINGKAP
Tan Hooi Ping
Chua Boon Su,
Zarith
Fatin

TUKANG MENYIBUK JE
Anisah (budak kelas sebelah)
Chia Yong Ham
Chia Wei Ze
Chua Khai Shen

Akhirnya kelas kami begitu cantik dan indah dengan warna yang begitu menyerlah..
tapi sayang pada hari selasa dan seterusnya kelas kami HANCUR gara-gara pelajar petang (jangan terasa ya, tapi kenyataan)

esok LARIAN 1 MALAYSIA !

Esok , 2 Julai akan diadakan larian serentak 1 Malaysia :) Bermakna pada esok hari , semua pelajar dan guru di semua sekolah di Malaysia akan berlari sejauh ............ Hm tak jauh pun , dalam 1700 m sahaja di kawasan masing-masing tetapi serentak. Jadi , kami pun akan turut serta. Sebab utama ialah : untuk menDAPATkan SIJIL PERINGKAT KEBANGSAAN.

Hadiah akan diberi sehingga tempat yang ke 40. Esok kami perlu datang ke sekolah sebelum pukul 7 a.m. Kedatangan pada esok hari akan diambil , oleh itu sebagai kelas contoh , nak tak nak kami mesti datang juga (untuk menjaga nama baik kelas).

Kami semua tak sabar nak tunggu hari esok! Almaklumlah , sudah lama kami tidak bersukan. Alasan : sibuk mengulangkaji pelajaran untuk SPM . Benarkah ? HAHA . Esok kami akan tunjukkan kehebatan kami. Siapa kata kami tak boleh ? 5 SAINS 1 sentiasa BOLEH !!!!!

p/s : doakan kami menang dalam pertandingan blog. Penghakiman petang ini.

Salammm

Pembentangan @ presentation

Semalam kami semua ditugaskan membuat 'presentation' untuk subjek Bahasa Inggeris.. huhuhu mula-mula berdebar-debar menunggu giliran.. Tapi bila sekali dah baca dan membentangkannya di hadapan, semuanya macam seronok je.. Setiap pelajar dibahagikan kepada 5 kumpulan..

Kumpulan 1:
EXTINCTION OF PLANTS AND ANIMALS

Kumpulan 2:
POLLUTION: WATER

Kumpulan 3:
GLOBAL WARMING

Kumpulan 4:
POLLUTION: WATER, AIR, LAND

Kumpulan 5:
WARS

Masing-masing menunjukkan bakat yang terpendam dengan jayanya!!
YAHOO!!

tips untuk 'berperang' dengan peperiksaan -''

1 ) sentiasa membuat latihan untuk semua subjek terutamanya untuk subjek yang memerlukan pengiraan seperti fizik , matematik tambahan dan matematik

2 ) sering merujuk kepada guru atau kawan kawan jika tidak faham akan sesuatu matapelajaran . Jangan malu bertanya !

3 ) pastikan setiap hari anda membaca subjek subjek yang memerlukan pemahaman dan daya ingatan yang kuat seperti sejarah dan biologi.

3 ) elakkan diri daripada melakukan perkara yang sia-sia!

4) pastikan anda mempunyai waktu rehat yang mencukupi.

5) jangan derhaka kepada ibu bapa.

6) jaga hubungan dengan Tuhan.

30/06/11

29.06.2011 ----@ HARI INTERAKSI ANTARA IBU BAPA DAN GURU :)



Fuh.. Hari yang menakutkan bagi kami semua.. Lagi-lagi Raja.. Hehe (jangan marah ya Raje)..


Mana tidaknya. ketika inilah cikgu-cikgu akan membongkar rahsia kami.. contoh:


- ponteng kelas ( hakim dan zharif)
- tidur dalam kelas ( hakim dan azleen)
- tak siap kerja sekolah ( owh... ramai2..)
- bersembang dalam kelas ( pun ramai juga)
- buat kerja lain masa dalam kelas fizik ( tak terkira )
- tak hormat cikgu
- syok sendiri (mazlin dan kawan-kawan )
- dan.. banyak lah lagi..

p/s.. opsss!! jangan marah.. semua itu adalah benar dan kebenaran adalah amat pahit macam gula-gula..


tetapi!!!!!!! jeng3...
respon ibu bapa agak mengejutkan!!!
antaranya ialah..


- tak puas hati terhadap keputusan peperiksaan yang diterima oleh anak mereka..
ibu bapa : " gapo keputusan mu trok sangat ni. mu wat pa dalam kelas?"
anak : "em.. entah la mak, ayah.. saya pun tak tahu la"


- bertanya tentang anak mereka dalam kelas
ibu bapa : " cikgu, anak saya dalam kelas nakal tak??"
cikgu : "memang nakal. tak boleh duduk diam. asyik nak berjalan saja" (ha! ini untuk zharif dan hakim)


-ingin tahu sejauh mana kemampuan anak-anak mereka
ibu bapa : "cikgu rasa, anak saya ini ada harapan tak untuk berjaya dengan cemerlang?"
cikgu : (jawapan 'standart' ) " insyaallah"


konklusinya, belajar lah rajin-rajin. ibu bapa dan cikgu-cikgu telah banyak menabur jasa kepada kita dan jangan lah kita membalasnya dengan tuba.

salam.

oleh :
FM NZ

11.20 pm

keputusan peperiksaan pertengahan tahun

Salammm 1 Malaysia semua !! peperiksaan pertengahan sudah habis dan keputusan peperiksaan telah pun diumumkan :-


1. Tan Hooi Ping
2. Chia Muan Muan
3. Chua Yi Lin
4. Lim Si Ying
5. Chew Yong Ler
6. Chua Boon Su
7. Chia Shee Leei
8. Wong Yee Wei
9. Tan Yi Ling
10. Mazlin
11. Hooi Yee yan
12. Nur Zarith Aliah
13. Siti Nurazleen
14. Mohd Zulhilmi
15. Chua Khai Shen
16. Chia Wei Ze
17. Chia Yong Ham
18. Nur Diana
19. Noorain
20. Muhammad Zahiruddin
21. Fateen Nurul Najiha
22. Ameerul Mukmin
23. Raja Norasiah
24. Habibah
25. Mohamad Fauzan
26. Muhammad Zharif
27. Muhd Amirul Hakim

29/06/11

PENGHUNI-PENGHUNI 5 SAINS 1 :)


PUTERA-PUTERA KATAK DI KELAS KAMI:
AMEERUL MUKMIN
CHIA YONG HAM
CHUA KHAI SHEN
CHIA WEI ZE
MUHD AMIRUL HAKIM
MUHAMMAD ZHARIF
MUHAMMAD ZAHIRUDDIN
MOHAMAD FAUZAN
MOHD ZULHILMI

PUTERI-PUTERI BERUDU DI KELAS KAMI:
MAZLIN
RAJA NORASIAH
NUR ZARITH ALIAH
SITI NURAZLEEN
FATEEN NURUL NAJIHA
HABIBAH
NOORAIN
NUR DIANA
HOOI YEE YAN
TAN YI LING
CHUA BOON SU
CHUA YI LIN
CHEW YONG LER
LIM SI YING
TAN HOOI PING
CHIA SHEE LEEI
CHIA MUAN MUAN
WONG YEE WEI

cerita kami :)

salam 1 malaysia !

hmm kelas kami ni kata orang 'kelas harapan sekolah' . benarkah ? . dalam istana 5 SCIENCE 1 ni ada 18 orang puteri yang cantik cun menawan lagi comel + cute dan 9 orang putera katak , ehh bukan bukan ! 9 putera 'charming 'yang macho tapi hancur ! haha kidding kidding ;) kami semua ni baik-baik belaka. ini bukan cerita dongeng ya! mama kami merangkap guru kelas + guru matematik (Puan Kamariah Ton) memang baik. sumpah tak tipu ! susah tahu nak tengok dia marah dan sama juga dengan papa *bapa angkat kelas kami* a.k.a guru BM kami (Encik Arshad) pun baik tapi tegas derrr!
jangan main-main * amaran keras *

kalau anda semua nak tahu *tak nak tahu sudah ! Pergi main jauh jauh ! *, dalam istana ini juga ada dua bangsa iaitu MELAYU dan CINA. selalunya dalam peperiksaan , mesti kaum cina (perempuan la) yang dapat tempat yang teratas. Serius tak tipu ! Mana pergi kaum melayu? Hoi orang orang melayu kamu semua di mana sayanggg? Agak ketinggalan di belakang lah juga . kau orang ni mana boleh macam ini ! Kita kan 1 kelas jadi sama sama lah maju kehadapan betul tak? ayuh bangkit cepat cepat !

Kamu semua nak tahu apa lagi ? profile setiap penghuni kelas kami ? oh tak boleh tak boleh ! Facebook kami ? cari sendiri ! haha. No fon kami ? haishhh lagi la tak boleh kan. Perangai kami ? Tak perlu ;) . Ha lupa pula kami nak cerita ! Kelas kami ni selalu juga la menang kebersihan . Macam mana entah boleh menang sebab sampah banyak dalam kelas siap berkeliaran dan main kejar kejar dalam kelas *oke yang ni jangan percaya !* tetapi sampah sampah itu bukanlah direka cipta sesuka hati badak, lembu, kambing dari kami tetapi budak budak petang merangkap junior yg bertauliah lagi sopan. terima kasih adik adik sayang kerana 'menyenangkan' kami tiap tiap pagi ! grrrrrrr !

Oh lupa pula ! Kami ambil 9 subjek tapi ada yang ambil sub tambahan dan ada yg drop sub. Jadi doakan kami dapat 8a+ 9a+ 10a+ dan 11a+ ya! Ini jelah untuk sekarang. tunggu tawwwwwww post kami yang seterusnya ! :))))))))))))