$l!DesH0w KaMi..jom teNGok

1/07/11

Hari Koperasi Sekolah Yang Penuh Dengan Keceriaan

Budak-budak kelas kami semuanya menyertai aktiviti yang dijalankan oleh koperasi sekolah.. Masing-masing menunjukkan bakat (dahsyat budak-budak kelas kami)

Semua pelajar Melayu masuk Kumpulan Koir KOSMEK.. Kami dikehendaki menyanyi lagu yang bertajuk Semangat Koperasi (memang bersemangat kami nyanyikan lagu tu).. Masa tunggu diluar sebelum masuk, masing-masing gementar dan ketakutan (sebab berlatihnya 2 hari je).. Semasa menyanyi masing-masing menyumbangkan lah suara yang sememangnya sumbang (jangan marah ya.. Senyum je)

Pelajar Cina juga tidak melepaskan peluang.. mereka menyertai kuiz koperasi.. Pandai-pandai juga mereka sebab akhirnya mereka menang (YAHOO!! tapi tak semua pelajar Cina)..Mereka menjawabnya dengan penuh khusyuk dan tertanya-tanya (mahu taknya. soalan susah, siap tanya Habibah).. Kenapa tanya Habibah?? Sebab dia Ahli Lembaga Koperasi..

Akhir sekali masing-masing lega dan gembira dengan persembahan koir dan pertandingan (lagi-lagi yang menang).. Maka berakhirla kisah Hari Koperasi Sekolah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan